Ejen Hartanah Berdaftar
KL, Selangor & Negeri Sembilan
Urusan jual beli hartanah berteraskan fakta dan data pasaran semasa. Membimbing pemilik dan pembeli membuat keputusan tepat sejak 2014.
Servis Ejen Hartanah Berdaftar
Setiap urus niaga dikendalikan berlandaskan prosedur perundangan dan dokumentasi lengkap — daripada semakan awal hingga selesai pindah milik.
Penjualan Hartanah
Strategi jualan berkesan berasaskan analisis pasaran semasa, saringan teliti kelayakan pembeli, dan penyelarasan dokumentasi hartanah yang kemas.
Pembelian Hartanah
Membimbing pembeli memilih hartanah ideal, merundingkan harga berpandukan tanda aras nilai transaksi sebenar, dan melancarkan urusan penyempurnaan pindah milik.
Pembiayaan Hartanah
Menyelaras permohonan pembiayaan perumahan bersama institusi kewangan terpilih, serta memadankan pakej pinjaman paling kompetitif mengikut profil anda.
Untuk pemilik yang mahu menjual rumah, lihat khidmat ejen hartanah Seremban atau ejen hartanah Nilai.
Untuk kakitangan kerajaan yang sudah memilih rumah, lihat khidmat permohonan LPPSA.

Saya Syakir Zainol
Ejen Hartanah Berdaftar (PEA3833) di bawah Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah & Pengurus Harta (LPEPH), berkhidmat bersama Legacy Real Property Sdn. Bhd. Berbekalkan kelayakan profesional daripada Institut Penilaian Negara (INSPEN), saya menerapkan standard analisis pasaran dan teknikal yang teliti dalam setiap transaksi.
Sejak 2014, saya telah mengendalikan lebih 500 transaksi hartanah merangkumi keseluruhan proses — daripada penilaian awal dan strategi pemasaran, hingga selesai penyempurnaan pindah milik. Pendekatan saya berteraskan data transaksi pasaran dan fakta perundangan sebenar, menolak spekulasi harga atau unjuran yang tidak realistik.
Panduan Hartanah
Himpunan artikel dan panduan hartanah yang saya tulis berasaskan pengalaman urus niaga di lapangan — disusun mengikut topik untuk rujukan anda.
Coretan Ejen
Catatan ringkas, pemerhatian pasaran, dan realiti urus niaga sebenar di lapangan.
Hartanah Untuk Dijual
Senarai hartanah untuk dijual di Selangor, Kuala Lumpur, dan Negeri Sembilan — setiap unit telah melalui semakan status pemilikan, dokumen geran, dan kesesuaian harga pasaran.
UNTUK DIJUALTaman Gadong Jaya, Labu / Nilai
UNTUK DIJUALJalan Bukit Galena 15, Taman Bukit Galena
UNTUK DIJUALImpiana Villa 2, Nilai
UNTUK DIJUALSerenia Aiora Sepang Teres 2 Tingkat Corner Lot Tanah 3069 kps
Teres dua tingkat corner lot di Serenia Aiora, Serenia City, Sepang ini menawarkan tanah seluas 3,069 kps dan binaan 2,132 kps. Pilihan untuk keluarga yang mahukan 4 bilik tidur, 4 bilik air dan ruang luar untuk merancang laman sendiri.
Lihat butiran →
UNTUK DIJUALSemi-D 2 Tingkat Laman Cempakasari Kota Seriemas Tanah 3929 kps
Semi-D dua tingkat di Laman Cempakasari, Kota Seriemas, Nilai ini sesuai untuk keluarga yang mencari ruang berkumpul di dalam rumah serta laman sendiri. Tanah seluas 3,929 kps, dengan 4+1 bilik dan 5 bilik air, memberikan ruang untuk menyesuaikan kegunaan bilik mengikut keperluan keluarga.
Lihat butiran →
UNTUK DIJUALSemi-D Setingkat 4 Bilik Freehold | Taman Desa Villa Murni
Semi-D setingkat di Taman Desa Villa Murni, Salak Tinggi, Sepang dengan 4 bilik tidur dan 2 bilik air. Susun atur pada satu aras memudahkan pergerakan antara bilik dan ruang harian, manakala bilangan bilik memberi pilihan untuk kegunaan tetamu atau ruang kerja di rumah.
Lihat butiran →Tuan Syakir bantu saya jual rumah Semi-D di Bangi dengan sangat lancar — bukan saja cepat, tapi dapat pula harga yang saya harapkan.

Saya serahkan beberapa urusan hartanah kepada Tuan Syakir — dari rumah teres, apartment, sampai rumah baru di Kuantan. Saya tak perlu risau sebab semuanya diurus dengan betul. Profesionalisme beliau memang terbukti.

Cara dia terangkan strategi, bandingkan data pasaran, dan susun proses sangat teratur — terus buat saya yakin. Bukan mudah nak jumpa ejen yang boleh bincang isu teknikal setaraf dengan peguam.

Saya serahkan jual rumah lama dan beli banglo baru kepada Tuan Syakir — termasuk proses yang melibatkan isu pusaka yang agak panjang. Dia mahir dengan selok-belok transaksi macam ni, bimbing saya sampai selesai.

Syakir was the only agent who came prepared with proper market analysis and a clear strategy. That gave me confidence to appoint him exclusively — the house sold much faster than I expected.

Syakir was the only one who offered to meet us, inspect the property, take proper photos, and have an honest discussion. He brought in several serious viewers and finally closed the deal.

Perlukan Kepastian Sebelum Menjual atau Membeli Hartanah?
Dapatkan sesi rundingan terus bersama ejen hartanah berdaftar Syakir Zainol untuk semakan nilai pasaran, kelayakan pembiayaan, dan strategi pemasaran yang tepat.
Jom Berbual